GCG Dan GMG Sumbang Bekalan Makanan Kepada Penduduk Kampung Gedong

JUMAAT, 6 OGOS 2021

GEDONG : Seramai 45 buah keluarga yang menjalani kuarantin kendiri di Kampung Gedong telah menerima bantuan bekalan makanan pada Khamis.

Bekalan makanan tersebut telah disumbangkan oleh Gedong Cycling Group (GCG) dan Gedong Musician Group (GMG) dengan kerjasama Pusat Khidmat Gedong. 

Arahan kuarantin itu adalah berikutan jumlah kes COVID-19 di kawasan Gedong yang meningkat menerusi Kluster Kampung Kanchong Baru yang telah diisytiharkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak. -EDISI UKAS