JAIS Serah Sumbangan Bakul Makanan Kepada 250 Penerima Dalam Program Prihatin Ummah

JUMAAT, 6 OGOS 2021

MIRI: Seramai 250 penerima di Bahagian Miri telah diserahkan bakul makanan dalam Program Prihatin Ummah anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) di Pejabat Agama Islam Bahagian Miri pada Jumaat. 

Mereka terdiri daripada 100 orang penerima dari Miri, 40 orang penerima dari kawasan Bakong Marudi dan 60 orang penerima dari kawasan Subis serta 50 orang mualaf. 

Kesemua mereka menerima sumbangan bakul makanan bernilai RM100 setiap seorang

Sumbangan telah disampaikan Pegawai Agama Islam Bahagian Miri Ustaz Awang Nib Zuhairi Awang Ahmad kepada 11 orang penerima sebagai simbolik penyerahan bantuan. -EDISI UKAS