Lagi 178 Individu Penduduk Terima Dos Suntikan Vaksin COVID-19 Di Bau

JUMAAT, 6 OGOS 2021

BAU: Seramai 178 lagi individu penduduk dari Bau menerima dos suntikan vaksin jenis Sinovac pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, seramai 19 orang adalah mereka yang menerima dos suntikan vaksin pertama.

Manakala seramai 159 orang lagi adalah mereka yang telah melengkapkan perlindungan dua dos suntikan vaksin yang sama.

PICK yang dijalankan di PPV Dewan Akademi Bomba Bau dan bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang itu membabitkan seramai 28 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut membantu sepanjang urusan vaksinasi PICK adalah para petugas yang terdiri dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan para sukarelawan bukan kesihatan. -EDISI UKAS