JUMAAT, 6 OGOS 2021
KUCHING : Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu Kitang telah menyampaikan sumbangan makanan basah kepada Penduduk Kampung Bunga Rampai yang sedang menjalani Perintah Kawalan Pengerakan Diperketatkan (PKPD).
Penyampaian sumbangan sebanyak 240 ekor ayam dan ikan serta sayur-sayuran itu turut disertai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang, pada Jumaat.
Menurut Lo, sumbangan tersebut adalah daripada penderma yang ikhlas hati membantu mengurangkan tekanan dan bebanan penduduk dalam menghadapi waktu sukar ini.
Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)yang menjalankan tugas mengagih bahan makanan tersebut dengan cepat dan teratur.
Turut membantu, anggota Polis, RELA dan Angkatan Pertahanan Awam yang mengawal keselamatan sepanjang PKPD dilaksanakan.
Kampung Bunga Rampai telah menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 31 Julai Hingga 13 Ogos 2021. – EDISI UKAS