Petugas Barisan Hadapan Pantau Pematuhan SOP Di Pekan Sebuyau

JUMAAT, 6 OGOS 2021

SEBUYAU: Pasukan barisan hadapan terus melakukan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar kawasan Pekan Sebuyau.

Pemantauan itu dilakukan bagi memastikan orang awam sentiasa mematuhi SOP ketika berada di tempat awam dalam usaha memutuskan penularan jangkitan COVID-19.

Operasi pemantauan itu turut memberi penumpuan kepada aktiviti penjarakan sosial serta memastikan pengusaha peniaga orang awam sentiasa menggunakan pelitup muka.

Sementara itu, orang ramai terus dinasihati agar terus berada di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan penting di luar rumah bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian COVID-19. -EDISI UKAS