Ahli Parlimen Santubong Serah Sumbangan Kepada 300 KIR Jalani PKPD Di Kampung Senari

SABTU, 7 OGOS 2021

KUCHING : Kampung Senari yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) telah mendapat perhatian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia, Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk turun padang meninjau keadaan penduduk. 

Pada Jumaat, beliau telah menyumbangkan bekalan makanan beserta barangan keperluan asas untuk diagihkan kepada 300 KIR (Ketua Isi Rumah) di kampung tersebut menerusi Program Bakul Makanan Ahli Parlimen Santubong.

Sumbangan diserahkan kepada petugas yang akan melakukan pengedaran mewakili KIR bagi menghadkan pergerakan orang ramai sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Sepanjang pelaksanaan PKPD di Kampung Senari berkuatkuasa dari 30 Julai 2021 sehingga 12 Ogos 2021, beliau dimaklumkan bahawa petugas barisan hadapan menjalankan tanggungjawab mereka mengawasi keadaan dan pergerakan penduduk dengan sehabis baik, dan penduduk juga memberi kerjasama sepenuhnya. -EDISI UKAS