AHAD, 8 OGOS 2021
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang menyempurnakan penyerahan 600 bungkusan bekalan makanan pada Sabtu.
Program tersebut dilakukan bagi membantu penduduk yang memerlukan dan terkesan sepanjang pandemik ini seperti golongan asnaf, warga emas, anak yatim termasuk yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sementara itu, Khere Chiang meramkamkan penghargaan kepada pihak penaja kerana membantu menjayakan program tersebut.
Antara penaja yang terlibat ialah V.A Management, Thomas Ung Management Company, Avalon Haircut, Aldini Advertise, East Prime Media Company, Vwork Group, Esping Apparels Printing Co., Zulfadhli Samawi dan United. -EDISI UKAS