Pasar Tamu Simanggang Baharu Sudah Dibuka

AHAD, 8 OGOS 2021

SRI AMAN: Pasar Tamu Simanggang yang baharu mula dibuka kepada penjaja sejak 30 Julai lepas.

Masa operasi yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) adalah dari pukul 8 pagi sehingga 11 pagi.

Bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 2 dalam mengelak penularan wabak COVID-19, MDSA telah menyediakan kaunter saringan kesihatan, pendaftaran dan menggunakan sistem penggiliran kepada peniaga dan pengunjung. -EDISI UKAS