Dato Sri Nancy Serah Cek Peruntukan MRP-PPRMS Parlimen Batang Sadong

ISNIN, 9 OGOS 2021

SIMUNJAN : Majlis penyerahan cek di bawah peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) Parlimen Batang Sadong telah diadakan bertempat di Rumah Rehat Sri Simunjan, pada Ahad.

Penyerahan disempurnakan secara simbolik oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri kepada wakil penerima melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

Antara JKKK yang telah menerima cek ialah JKKK Kampung Gunung Ngeli Simunjan (Kapitan Lai Pian Sin), JKKK Kampung Rangawan,(KK Tegak Matnor), JKKK Kampung Terasi Ulu Simunjan (KK Hamzah Samsawi), JKKK Kampung Pantong Melayu (KK Zamahari Razali), Zon Pangkor Gedong (Kr. Mohd Izzudin Abdullah) dan Tetuan JKKK Kampung Jaie (Kr. Abdul Mutalip Julaihi).

Untuk rekod, sebanyak 150 buah rumah di ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Sadong Jaya, DUN Simunjan dan DUN Gedong telah dibaikpulih di bawah MRP-PPRMS sejak tahun 2020.

Difahamkan, tahun ini sahaja, sebanyak 51 buah rumah milik golongan yang kurang berkemampuan, miskin tegar, daif dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di seluruh Parlimen Batang Sadong akan dibaiki atau ditambahbaik menerusi peruntukan Kerajaan Sarawak.

Turut hadir menyaksikan simbolik penyerahan cek tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris. – EDISI UKAS