ISNIN, 9 OGOS 2021
KOTA SAMARAHAN : Kampung Empila dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula Ahad buat kali kedua setelah pelaksanaan yang sama pada 3 Jun lepas.
Seramai lebih kurang 2,200 penduduk di Kampung Empila telah menjalani ujian calitan COVID-19 menerusi Pengesanan Kes Secara Aktif (ACD) yang dilaksanakan di perkarangan Masjid As Sobirim.
Sehubungan dengan itu, setelah selesai proses calitan, pihak kesihatan akan menganalisis ujian tersebut bagi mengenalpasti kadar kebolehjangkitan COVID-19 di kawasan berkenaan. -EDISI UKAS