Tiada Kompaun Dikeluarkan, Setiap Premis Perniagaan Dan Masyarakat Patuhi SOP PPN Fasa 3

ISNIN, 9 OGOS 2021

MIRI: Sebanyak 533 premis perniagaan telah diperiksa dalam Operasi Pemantauan Pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3 COVID-19 yang telah dijalankan di bandaraya Miri pada Sabtu. 

Daripada jumlah itu, 28 melibatkan pasaraya, 395 premis makanan, 55 penjaja, 42 lain-lain premis dan 13 pusat penjaja. 

Turut dipantau taman-taman riadah yang menjadi tumpuan penduduk di bandaraya Miri seperti Taman Awam Miri. 

Hasil pemeriksaan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Miri (MBM) semua premis mematuhi SOP PPN Fasa 3 yang sedang dilaksanakan ketika ini dan tiada kompaun dikeluarkan setakat ini. 

Operasi Pemantauan Pematuhan SOP PPN Fasa 3 COVID-19 dilakukan setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum bagi memastikan masyarakat di Bandaraya Miri mematuhi aspek pencegahan SOP Pencegahan COVID-19. -EDISI UKAS