Seramai 33 Individu Kumpulan Terakhir Terima Vaksin Secara ‘Walk-In’ Di PPV Bau

SELASA, 10 OGOS 2021

BAU: Seramai 33 individu penduduk dari daerah Bau merupakan kumpulan terakhir bagi penerima vaksin dos pertama secara jumpa terus atau ‘walk-in’ di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Akademi Bomba Bau pada Selasa.

Manakala seramai 420 individu lagi yang tampil di PPV yang sama bagi melengkapkan suntikan vaksin dos kedua.

Program vaksinasi yang bermula pada pukul 8 pagi itu berakhir pada pukul 3.30 petang dan proses vaksinasi berjalan lancar.

Kesemua penerima vaksin jenis Sinovac itu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS