ADUN Pakan Gesa Projek RTP Di Ulu Litok Dan Rumah Gait Disiapkan Segera

RABU, 11 OGOS 2021

PAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakan Tan Sri William Mawan Ikom menggesa kontraktor menyiapkan projek menaiktaraf jalan rumah panjang Sungai Ban di Ulu Litok dan projek bina baharu jalan Rumah Gait di Sungai Pinang, Jalan Ulu Julau dengan segera.

Menurut beliau, walaupun kedua-dua projek berdepan kekangan susulan pandemik COVID-19, namun ia perlu disiapkan segera selain menepati spesifikasi projek demi kepentingan penduduk kampung.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan ke atas projek pada Selasa.

Kedua-dua projek dilaksanakan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) dan dijadualkan siap pada 25 Julai 2021.


Pada program berasingan, Tan Sri William Mawan telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM100,000 kepada sepuluh penerima.

Majlis ringkas penyerahan cek diadakan di Pusat Khidmat Cawangan PBB DUN Pakan pada Rabu.

Penerima terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia