Vaksinasi COVID-19 Secara ‘Walk-In’ Di PPV Dewan Majma Bermula 14 Ogos Ini

RABU, 11 OGOS 2021

KUCHING: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Majma menyediakan suntikan vaksin dos pertama jenis Pfizer secara ‘walk-in’ kepada mereka yang berusia 18 tahun ke atas bermula Sabtu ini.

Menerusi kenyataan media pada Rabu memaklumkan orang ramai yang belum menerima suntikan vaksin COVID-19 boleh mendapatkan vaksinasi mereka pada 14 Ogos 2021 (8 pagi hingga 1 petang), 16 Ogos 2021 (8 pagi hingga 4 petang) dan 17 Ogos 2021 (8 pagi hingga 4 petang).

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin mendapatkan vaksinasi mereka diminta untuk membawa kad pengenalan atau passport, senarai ubat-ubatan yang sedang diambil (jika ada) dan telefon bimbit dengan aplikasi MySejahtera. –EDISI UKAS