135 Penduduk Daerah Sebauh Terima Vaksin COVID-19 Dos Kedua

KHAMIS, 12 OGOS 2021

SEBAUH: Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) diteruskan menerusi pemberian dos kedua pada Rabu. 

Seramai 135 orang penduduk di Daerah Sebauh menerima suntikan vaksin COVID-19 dos kedua di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Raya Sebauh. 

Kebanyakan mereka yang hadir vaksinasi dos kedua menerusi temu janji yang terdiri daripada pekerja Syarikat Semai Mekar Plantation Sdn Bhd.

Sepanjang proses vaksinasi terkawal dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan.-EDISI UKAS