ADUN Mambong Turun Padang Agih Sumbangan Di Empat Bilik Gerakan PKPD

KHAMIS, 12 OGOS 2021

PADAWAN : Seramai 421 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada empat buah kampung yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) menerima sumbangan bekalan makanan basah dan barangan keperluan asas daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong, Datuk Dr Jerip Susil bersama Pusat Khidmat Masyarakatnya, pada Rabu.

Antara kampung yang terlibat adalah Kampung Git, Kampung Punau, Kampung Braang Bidak dan Braang Timurang.

Menurut Datuk Dr Jerip, sumbangan berupa daging, ayam dan sayur-sayuran segar termasuk barangan keperluan wanita itu bertujuan membantu mengurangkan tekanan dan bebanan yang ditanggung penduduk. 

Dalam pada itu, beliau turut berterima kasih kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam serta sukarelawan bilik gerakan PKPD atas bantuan mempermudah serta mempercepatkan proses pengagihan pada hari tersebut. -EDISI UKAS