ADUN Mambong Sumbang 2.5 Tan Makanan Basah Kepada 829 KIR Yang Menjalani PKPD

JUMAAT, 13 OGOS 2021

PADAWAN: Menteri Muda Pengangkutan Sarawak, Datuk Dr Jerip Susil turun padang menyumbangkan 2.5 tan bantuan makanan basah kepada 829 Ketua Isi Rumah (KIR), pada Khamis.

Penerima bantuan tersebut melibatkan penduduk daripada tiga kampung iaitu Kampung Sungai Duuh, Siburan (303 KIR), Kampung Segu Bunuk (306 KIR) dan Kampung Sumur Bunuk (220 KIR).

Datuk Dr Jerip yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambong memaklumkan bantuan itu adalah bagi membantu penduduk yang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan DUN Mambong.

Bantuan telah diserahkan kepada pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan wakil sukarelawan di Bilik Gerakan PKPD untuk diagihkan kepada penduduk. –EDISI UKAS