Hospital Bintulu Hadapi Masalah Ruang Menempatkan Pesakit

JUMAAT, 13 OGOS 2021

BINTULU: Hospital Bintulu menghadapi masalah ruang yang tidak mencukupi bagi menampung pesakit COVID-19 dan bukan pesakit COVID-19. 

Menurut Pengarahnya, Dr Suzalinna Sulaiman, kapasiti katil setakat ini masih mencukupi tetapi yang menjadi masalah adalah ruang yang tidak cukup untuk mereka menempatkan pesakit.

“Sekarang ini pesakit terbahagi kepada dua iaitu pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 yang mana kapasiti katil bagi kedua-duanya masih dapat menampung pesakit lagi. 

“Tapi apa yang berlaku ialah kita tidak mempunyai ruang yang cukup. Jadi buat masa ini kami memang tidak dapat mengikuti piawaian ruang yang diperlukan terutamanya untuk pesakit bukan COVID-19,” katanya. 

Beliau berkata demikian semasa ditemui selepas menerima  minyak masak sumbangan Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB)  yang disampaikan Ketua Pegawai Operasi SOPB Eric Kiu Kwong Seng di Hospital Bintulu pada Khamis.

Tambah Dr Suzalinna lagi, ruang yang sepatutnya menampung enam katil terpaksa diletakkan lebih disebabkan ruang sedia ada tidak mencukupi.

“Mungkin dalam kubikel yang sepatutnya menempatkan enam katil, kita terpaksa letakkan lapan katil kerana ruang yang ada tidak mencukupi.

“Ini kerana wad yang ditukar khas untuk pesakit COVID-19 harus memenuhi keperluan tertentu seperti ruang yang lebih luas untuk tujuan penjarakan,” tambahnya. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia