JUMAAT, 13 OGOS 2021
BAU: Seramai 1,002 individu lagi di daerah Bau melengkapkan dos kedua vaksin jenis Sinovac di bawah Program Imunisasi COVID-19 (PICK) dalam tempoh dua hari berturut-turut.
Tinjauan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Perdana Akademi Bomba Bau, mendapati seramai 867 orang telah divaksinasi.
Angka tersebut menjadikan kumulatif individu yang telah melengkapkan pengambilan dos kedua vaksin di daerah Bau setakat ini adalah seramai 27,056 orang.
Sementara itu, di PPV Klinik Teddy pula seramai 69 orang telah melengkapkan vaksinasi dan menjadikan kumulatif mereka yang menerima dos kedua dicatatkan setakat ini di PPV berkenaan seramai 3,775 orang.
PPV Klinik Union pula mencatatkan seramai 66 orang telah divaksinasi dan menjadikan seramai 3,783 orang divaksinasi di PPV tersebut setakat ini. -EDISI UKAS