ADUN Batang Ai Lawat Projek Prasarana Naik Taraf Pekarangan Rumah Dimbap, Serubah Lli

SABTU, 14 OGOS 2021

SRI AMAN: Menteri Muda Pembangunan Perindustrian Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh melakukan melawat projek prasarana bagi menaik taraf pekarangan Rumah Panjang Dimbap, Serubah Lli.

Projek tersebut telah dilaksanakan menerusi peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) tahun 2020.

Sementara itu, Tuai Rumah Dimbap mewakili semua penghuni rumah panjang Serubah Lli merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Sarawak dan wakil rakyat mereka yang prihatin dengan keperluan di situ.

Katanya, projek naik taraf itu menunjukkan keprihatinan kerajaan negeri untuk memastikan penduduk rumah panjang menikmati kemudahan yang sempurna dalam tempoh panjang.-EDISI UKAS