SABTU, 14 OGOS 2021
KAKUS: Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) Datuk John Sikie Tayai mengadakan lawatan ke tapak Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) dan menyerahkan Projek RTP yang telah siap.
Beliau yang ditemani Pemangku Pegawai Daerah Tatau Calvin Ligong telah menerima projek RTP menaik taraf Jalan Rumah Sylvester Bunsu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) pada Jumaat.
Selepas itu, Datuk John Sikie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus mengadakan lawatan ke tapak Rumah Panjang Baharu di Sungai Tekuyong, Jalan Samarakan, Tatau dan melawat Rumah Pagah di Sangan, Tatau.-EDISI UKAS