SABTU, 14 OGOS 2021
MIRI: Kontraktor perlu pastikan projek pembangunan yang dilaksanakan mengikut piawaian dan berkualiti.
Gesaan ini disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir Ripin Lamat selepas meninjau dua Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) di Kampung Beraya Batu 1 dan Kampung Beraya Keluru Jaya pada Jumaat.
Dua Projek RTP itu ialah Naik Taraf Dewan Kampung Beraya Batu yang bernilai RM100,000 dan Naik Taraf Dewan Kampung Beraya Keluru Jaya RM500,000 yang diselia Majlis Daerah Subis.
Dalam program berasingan, Ripin telah menerima kunjungan daripada Pengurus Pustaka Negeri Sarawak Wilayah Miri Razak Rambili di Restoran Curry House.
Perjumpaan itu adalah membincangkan cadangan projek Digital Community Centre dan Reading Corner di Simpang Bekenu-Lambir, dan perkhidmatan dan program Pustaka yang boleh dilaksanakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lambir. -EDISI UKAS