Dato Sri Dr Sim Tinjau Vaksinasi Bergerak Di Kenyalang Park

SABTU, 14 OGOS 2021

KUCHING: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Hui Kian meluangkan masa meninjau operasi vaksinasi bergerak di Kenyalang Park di sini pada Sabtu.

Beliau yang diiringi oleh Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Dato Wee Hong Seng turut menyantuni para petugas kesihatan yang bertugas.

Tinjauan mendapati, dianggarkan lebih 340 orang divaksinasi menerusi program vaksinasi tersebut.

Program vaksinasi bergerak itu adalah menerusi inisiatif Klinik Kesihatan Tanah Puteh, Pusat Khidmat N10 Pending dan MBKS. -EDISI UKAS