BINTULU: Kempen Derma Darah 2021 ‘Give Blood & Keep The World Beating’ anjuran Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Bintulu dan Boulevard Shopping Mall Bintulu telah mendapat sambutan.
Walaupun kuota yang diperuntukan hanya 100 orang penderma, tetapi mereka yang hadir lebih daripada jangkaan.
Menurut penganjur yang juga Pengurus Kanan, Perkhidmatan Korporat, Perkhidmatan Korporat Kumpulan BPHB Maslihah Tioh, program ini diadakan bagi menyahut seruan kerajaan dan pada masa sama membantu Hospital Bintulu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi.
Program derma darah ini merupakan program aktiviti tahunan syarikat dan tanpa gagal melaksanakan kempen tersebut setiap tahun.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan penganjuran program ini telah mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Hadir sama Pengurus, Hal Ehwal Korporat, Perkhidmatan Korporat Kumpulan Rozzita Tonik dan Pengurus, Perkhidmatan Pengurusan, Perkhidmatan Korporat Kumpulan Sukeri Othman.-EDISI UKAS