AHAD, 15 OGOS 2021
LUNDU : Seramai 301 lagi penduduk dari daerah ini melengkapkan suntikan vaksin COVID-19 pada Sabtu.
Daripada jumlah itu, seramai 179 orang hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Masyarakat Lundu, manakala selebihnya iaitu seramai 122 orang lagi mendapat suntikan dos kedua melalui Program ‘Mobile Outreach’ di Kampung Kendaie.
Tinjauan yang dilakukan di PPV Lundu mendapati proses vaksinasi berjalan lancar serta terkawal dengan semua penerima mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) di PPV berkenaan.
Difahamkan, melalui Program ‘Mobile Outreach’ itu, seramai 22 orang golongan terlantar serta Orang Kelainan Upaya (OKU) telah mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19.-EDISI UKAS