ADUN Tellian Serah Projek RTP Bina Baharu Laluan Pejalan Kaki SK Datuk Awang Udin

ISNIN, 16 OGOS 2021

MUKAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Yussibnosh Balo turun padang bagi menyempurnakan penyerahan Projek Bina Baharu Laluan Pejalan Kaki Berbumbung Sekolah Kebangsaan (SK) Datuk Awang Udin baru-baru ini.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2021 berjumlah RM70,000 tersebut sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap pada 12 Disember 2021.

Yussibnosh memberitahu, projek itu akan memudahkan pergerakan warga SK Datuk Awang Udin sekaligus menceriakan persekitaran sekolah.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menyaksikan penyerahan Projek RTP bagi menaik taraf jalan kampung di Stesen Pam Lama Kampung Penakub Hilir Mukah.

Projek bernilai RM200,000 tersebut dilaksanakan dalam tempoh lima bulan bermula 13 Ogos 2021 dan dijangka siap pada 12 Januari 2022.

Yussibnosh menambah, projek itu akan memberikan manfaat kepada penduduk setempat bagi menggantikan jalan tanah yang sedia ada. –EDISI UKAS