PKPD: Kampung Pulo Hulu Dan Hilir Terima Sumbangan Makanan Basah Daripada ADUN Pantai Damai

ISNIN, 16 OGOS 2021

KUCHING: Menteri Muda Di Jabatan  Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyantuni penduduk Kampung Pulo Ulu dan Kampung Pulo Hilir untuk menyerahkan bantuan makanan basah di kedua-dua kampung tersebut pada Isnin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu telah menyerahkan sumbangan sebanyak 260 pek makanan basah di Kampung Pulo Hilir, manakala 316 pek lagi diagihkan ke Kampung Pulo Ulu.

Dalam pada itu, wakil daripada kedua-dua kampung yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) tersebut menzahirkan rasa kesyukuran dan berterima kasih kepada ADUN Pantai Damai di atas sumbangan bagi meringankan beban penduduk di kampung tersebut. -EDISI UKAS