ISNIN, 16 OGOS 2021
MIRI: Projek Sabah Sarawak Link Road (SSLR) Fasa Pertama dari Lawas ke Long Lopeng yang bernilai RM1 bilion telah dianugerahkan kepada kontraktor terpilih.
Menteri Kanan Kerja Raya Malaysia Dato’ Sri Fadillah Yusof telah memaklumkanya dalam sidang media selepas “Sesi Libut Urus Bersama Kontraktor dan Perunding WPC Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak” di Hotel Pullman pada Ahad.
“Projek Sabah Sarawak Link Road, Fasa Pertama daripada Lawas hingga ke Long Lopeng yang itu sudah dianugerahkan dengan kontraktor dengan kos lebih kurang RM1 bilion.
“Fasa kedua nanti, dari Long Lepeng sehingga ke Miri akan dilaksanakan pelbagai agensi seperti Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar.
“Kita juga akan mendapatkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan untuk fasa-fasa seterusnya,” katanya sidang media “Sesi Libut Urus Bersama Kontraktor dan Perunding WPC Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak” di Hotel Pullman pada Ahad.
Hadir sama Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, ADUN Telang Usan Dennis Ngau, Pengurus Zon Utara Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Ir Siaw Ming Chian, Setiausaha Bahagian Pembangunan dan Penswastaan Kementerian Kerja Raya Malaysia Dato’ Zahrul Hakim Abdullah dan Ketua Projek Unit Lebuhraya Pan Borneo, JKR Sarawak Sudin Jaya.-EDISI UKAS