SELASA, 17 OGOS 2021
LIMBANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang telah menyantuni warga emas Asan Muda, 76 tahun yang terlantar dan sakit di kediamannya di Kampung Buluh Balui Limbang pada Selasa.
Dalam lawatan itu, beliau menyerahkan bantuan kerusi roda dan bertanyakan khabar kepada Asan.
Pemberian kerusi roda itu membolehkan beliau bergerak dalam menjalani kehidupan seharian.
Hadir sama menyaksikan penyerahan kerusi roda itu ialah Ketua Kampung Buluh Balui Dayang Asan dan Pegawai Khas ADUN Batu Danau Kaunselor Adison Langgar Injan.-EDISI UKAS