Program Outreach Daerah Song, 137 Penduduk Hulu Katibas Lengkap Vaksinasi

SELASA, 17 OGOS 2021

SONG: Seramai 137 orang penduduk rumah panjang di kawasan Hulu Katibas melengkapkan suntikan vaksin dos kedua jenis Sinovac di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Nanga Chemanong baru-baru ini.

Ianya merupakan Program Outreach yang terakhir bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Daerah Song yang dilakukan selama dua hari iaitu seramai 119 orang penerima pada 14 Ogos 2021 dan 18 orang penerima pada 15 Ogos 2021.

Para penerima ketika ditemui berasa syukur setelah mendapatkan suntikan vaksin yang lengkap dan merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak atas usaha mengadakan program imunisasi bagi penduduk di pedalaman. –EDISI UKAS