ADUN Kabong Serah Bantuan Bakul Makanan Kepada 75 Orang Ibu Tunggal & OKU

RABU, 18 OGOS 2021

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir menyempurnakan simbolik penyerahan bantuan bakul makanan di Pusat Khidmat ADUN Kabong pada Isnin.

Penyerahan bantuan tersebut melibatkan 75 orang ibu tunggal dan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS) Kabong.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras PPWS Kabong, Norain Abdullah merakamkan penghargaan kepada wakil rakyat mereka atas bantuan yang diberikan. –EDISI UKAS