RABU, 18 OGOS 2021
BETONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir turun padang menyaksikan proses cabutan undi bagi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 Bahagian Betong di Dewan Terbuka Pantai Tanjung Kembang, Kabong pada Rabu.
Proses cabutan undi bagi Fasa 5/2020 daerah Kabong adalah sebanyak lima projek Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dua projek MDS.
Sementara itu, bagi cabutan undi Fasa 1/2021 terdapat dua projek JKR, sembilan projek MDS dan satu projek Jabatan Pengairan dan Saliran (DID).
Turut hadir Timbalan Residen Betong, Abang Muhamad Abang Turkey, wakil Jurutera Awam JKR Betong, Dayang Nurashreen Muneera Awang Mahmud, wakil Pegawai Daerah Kabong, Awangku Mohammad Safaie Awangku Sabli, Jurutera MDS, Justine Charles Gilbert dan beberapa kontraktor yang terbabit. –EDISI UKAS