PKPD: Sekatan Jalan Raya Di Pintu Masuk Kawasan SK Parun Suan

RABU, 18 OGOS 2021

SERIAN: Penduduk di Kampung Kakeng telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Sehubungan itu, sekatan jalan raya (SJR) telah dilakukan di pintu masuk kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Parun Suan bagi mengawal pergerakan keluar masuk para penduduk.

Ketua Pengawal di lokasi tersebut, Sarjan Bussan Suratman berkata, kawalan SJR itu melibatkan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Serian dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Serian.

“Anggota yang bertugas akan mengawal dan menjaga SJR ini 24 jam sehari yang mana ia melibatkan empat orang anggota,” jelas beliau ketika pada Rabu.

Sementara itu, saringan pengesanan kes aktif (ACD) oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pejabat Kesihatan Bahagian Serian turut dilakukan.

ACD yang dijalankan berjaya menyaring seramai 238 individu dan proses saringan kedua akan disambung semula pada Khamis.

Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Bahagian Serian dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Serian turut menghantar bekalan makanan kepada para penduduk.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia