KHAMIS, 19 OGOS 2021
KABONG: Projek pembinaan laluan konkrit di Kampung Sungai Pala, Kabong kini telah siap sepenuhnya.
Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Kabong bernilai RM200,000 itu disiapkan pada 21 Julai lepas dan simbolik penyerahan projek diadakan pada Khamis.
Turut diadakan majlis penyerahan projek siap menaiktaraf jalan perkuburan Kristian/Pagan di Empayang, Kabong.
Projek RTP bernilai RM150,000 tersebut telah siap pada 17 Mei 2021.
Simbolik penyerahan projek dihadiri wakil Pegawai Daerah Kabong, Ahmad Sabree Salleh, Jurutera Awam JKR Betong, Adrian Linggie Manjan dan Penghulu Satu@Michael Dajie Awi.-EDISI UKAS