ADUN Lingga Sumbang Bantuan Makanan Kepada Rumah Abel Bakar & Kampung Tengah

JUMAAT, 20 OGOS 2021

SIMANGGANG: Prihatin dengan penduduk yang dikuarantin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menyumbangkan bantuan bakul makanan kepada Rumah Abel Bakar, Stumbin dan dua buah rumah di Kampung Tengah, Sri Aman pada Khamis.

Penyerahan sumbangan disampaikan oleh Kaunselor Kunjang Nanang dengan kerjasama beberapa orang Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan N28 Lingga.

Menurut Simoi, sumbangan tersebut adalah bagi meringankan beban penduduk yang menjalani pelaksanaan kuarantin kendiri. –EDISI UKAS