Jemaah Di Masjid Darul Falah Kampung Tabuan Haji Drahman Patuh SOP

JUMAAT 20 OGOS 2021

KUCHING: Setiap jemaah yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Darul Falah Kampung Tabuan Haji Drahman di sini didapati mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Tinjauan yang dilakukan juga mendapati pihak masjid menyediakan alat pengimbas suhu, kod pengimbas MySejahtera dan cecair pembasmi kuman serta arahan penjarakan fizikal.

Sepanjang tempoh Pelan Pumulihan Negara (PPN) Fasa 2, had jemaah untuk solat Jumaat adalah seramai 150 orang termasuk ahli-ahli jawatankuasa pengurusan masjid.

Tindakan ini penting bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak COVID-19. -EDISI UKAS