Kerajaan Sarawak Salur Bantuan Kepada Waris Keluarga Mangsa Tembakan Anggota TUDM

JUMAAT, 20 OGOS 2021

BAU: Kerajaan Sarawak menerusi Kementerian Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak akan menyalurkan bantuan kepada waris keluarga Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli iaitu mangsa tembakan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menterinya, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perbincangan bersama pihak TUDM telah dilakukan supaya Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) dan Bahagian Pembangunan Kanak-Kanak dapat melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan melalui kementeriannya.

“Jadi dengan itu kami telah membuat keputusan, bantuan yang bakal diberikan adalah bantuan kanak-kanak kepada tiga orang anak allahyarham yang semuanya dibawah umur tujuh tahun dengan kadar RM200 seorang,” katanya ketika ditemui semasa menziarahi balu kepada Allahyarham Koperal Udara Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli, Shima Mustapha di Kampung Siniawan Baru di sini pada Jumaat.

Dato’ Sri Fatimah menambah, pihaknya juga telah berbincang dengan balu Allahyarham untuk mengisi borang Endowment Fund Sarawak (EFS) supaya mendapat bantuan sebanyak RM1,000 untuk anak yang sedang menyusu dan juga anak yang berusia dua tahun.

“Endowment Fund tersebut untuk simpanan anak dan boleh dikeluarkan bila mencapai umur 18 tahun.

“Selain itu, bantuan ibu bersalin sebanyak RM450 juga diberikan kerana beliau baharu saja bersalin,” katanya.

Jelasnya lagi, selain bantuan kewangan untuk anak-anak, bantuan dari segi emosi melalui proses kaunseling juga penting.

“Selain bantuan kaunseling nanti yang diberikan oleh pihak TUDM, kami di JKMS juga mempunyai kaunselor dan ahli psikologi dimana balu boleh berhubung pada bila-bila masa dirasakan perlu.

“Kita nak pastikan bahawa beliau tidak merasa keseorangan dalam masa susah begini dan banyak sebenarnya sumber bantuan yang boleh didapati samada daripada JKMS  mahupun daripada TUDM untuk proses kaunseling ini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, pada program tersebut juga, beliau berkesempatan menyampaikan bantuan yang disalurkan daripada JKMS kepada Shima iaitu Tabung Bantuan Segera (TBS) berjumlah RM300 secara one-off, bantuan bulanan kanak-kanak pada kadar RM600 sebulan mulai September 2021, bantuan makanan kering, dan keperluan kanak-kanak seperti susu dan lampin pakai buang bayi untuk dua orang anak.

Hadir sama, Komander Pengkalan Udara Kuching TUDM, Kolonel Mohd Azwan Mohd Pohari dan Pengarah JKMS, Noriah Ahmad. -EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia