JUMAAT, 20 OGOS 2021
LONG LAMA: Selepas hampir sebulan ditutup bagi kerja-kerja penyelenggaraan, Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Kee Tee, Long Lama yang dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) telah kembali beroperasi pada Jumaat..
Dahulunya Dewan SJK (C) Kee Tee, Long Lama ini merupakan sebuah dewan terbuka dan kini telah ditutup bagi memberikan keselesaan kepda penerima vaksin COVID-19.
Seawal jam 8.00 pagi, seramai 295 penduduk yang menerima vaksin COVID-19 hadir berdasarkan kepada masa temu janji.
Kebanyakan penduduk hadir melahirkan rasa gembira selepas PPV Dewan SJK (C) Kee Tee kembali beroperasi bagi melengkapkan pemberian vaksin COVID-19.-EDISI UKAS