PKPD: Penduduk Rumah Mara Terima Sumbangan Bakul Makanan Daripada ADUN Lingga

SABTU, 21 OGOS 2021

SIMANGGANG: Penduduk di Rumah Mara yang  dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sejak 17 Ogos lepas menerima bantuan bakul makanan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri.

Simoi telah turun padang bagi melihat sendiri keadaan di rumah panjang tersebut dan menyerahkan sumbangan bantuan makanan berkenaan pada Jumaat melalui wakil Tuai Rumah, Mara Changgan.

ADUN Lingga itu berharap semua penduduk rumah panjang tersebut mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi mengelak penularan wabak COVID-19. 

Dalam pada itu, beliau turut menasihati tuai rumah untuk sentiasa sabar dan tabah dalam menghadapi musibah yang dialami mereka itu.

Hadir sama, Ahli Majlis Daerah Sri Aman merangkap Naib Ketua Cawangan PBB Lingga, Kaunselor Kinjang Nanang.-EDISI UKAS