JPB Daerah Belaga Melalui JKMS Salur Bantuan Makanan,PKPD Long Urun

AHAD, 22 OGOS 2021

BELAGA : Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPB) Daerah Belaga melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Belaga (JKMS) telah menyerahkan bantuan makanan di Kawasan Long Urun pada Sabtu. 

Antara rumah panjang yang menerima bantuan tersebut adalah Rh Dikan Josep Usang, Rh Dang Lajang dan Rh Pait Awan yang telah diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran terdapat kes positif COVID-19. 

Dalam pada itu, pihak JKMS juga turut memberi bantuan makanan kepada SK Long Urun pada 20 Ogos 2021 dan meneruskan penghantaran bantuan makanan kepada 13 lokaliti kawasan PKPD Long Urun pada 22 Ogos 2021.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon menzahirkan ucapan terima kasih atas kerjasama semua pihak khasnya JPB Daerah Belaga, JPB Daerah Kapit, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Petugas Kementeri Kesihatan Malaysia(KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berusaha mengawal kes COVID-19 di kawasan tersebut. 

Beliau juga menyeru supaya semua penduduk memberikan kerjasama dan patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS