AHAD, 22 OGOS 2021
SEMATAN: Kampung Temaga Melayu, Sematan dilihat agak sunyi serta dalam keadaan terkawal sejurus selepas penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Sabtu.
Dalam pada itu, penduduk kampung dilihat masih dalam keadaan berjaga-jaga meskipun telah dibebaskan daripada PKPD dan hanya keluar jika perlu terutamanya dalam mendapatkan keperluan makanan.
Difahamkan, Kampung Temaga Melayu merupakan satu daripada lima kampung yang membentuk Kluster Kampung Sebat Melayu dan telah dikenakan PKPD bermula sejak dua minggu lepas yang merekodkan 58 kes kumulatif positif COVID-19. -EDISI UKAS