PKPD Dilanjutkan Di Kampung Tanah Hitam 1, Kampung Tanah Hitam 2, Sematan

AHAD, 22 OGOS 2021

SEMATAN: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi Kampung Tanah Hitam 1 dan Kampung Tanah Hitam 2, Sematan dilanjutkan sehingga 3 September depan.

Pelanjutan tempoh PKPD dilakukan selepas ada individu yang belum hadir ke operasi pengesanan kes secara aktif (ACD) COVID-19 untuk ujian calitan kali yang kedua pada 18 Ogos lepas.

Ujian calitan bagi penduduk yang tidak hadir pada Rabu lepas akan diadakan semula pada Isnin ini.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Lundu juga memberikan sepenuh kepercayaan serta harapan kepada penduduk Kampung Tanah Hitam 1 dan Kampung Tanah Hitam 2 untuk hadir bagi sama-sama menjalankan tanggungjawab sosial untuk melandaikan jumlah kes positif khususnya di daerah berkenaan. -EDISI UKAS