165 Penduduk Kampung Sega Tampil Jalani Ujian Saringan COVID-19

ISNIN, 23 OGOS 2021

BAU: Seramai 165 penduduk dari Kampung Sega menjalani ujian saringan COVID-19 dalam aktiviti pengesanan kes aktif (ACD) buat kali kedua pada Ahad.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 138 sampel telah diperolehi dan turut dikesan adalah jumlah individu yang mempunyai kontak rapat seramai 67 orang, manakala individu yang bergejala adalah seramai 34 orang.

ACD yang bermula dari pukul 8.30 pagi sehingga 11 pagi itu melibatkan seramai 22 orang petugas dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Bau, manakala seramai dua petugas lagi dari pasukan makmal Kuching.

Proses ACD berjalan lancar dengan turut dibantu oleh petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS