ISNIN, 23 OGOS 2021
BELURU: Seramai 714 orang penduduk di kawasan daerah beluru menerima dos kedua vaksin COVID-19 di PPV Dewan Masyarakat Beluru pada Ahad.
Mereka merupakan sebahagian daripada yang menerima dos kedua menerusi temu janji.
Setakat Ahad, seramai 12,709 penduduk di Daerah Beluru telah menerima dan melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.
Untuk memastikan tiada penularan COVID-19 semasa proses vaksinasi, petugas sentiasa memastikan amalan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa diutamakan dengan mengekalkan jarak satu meter selain memastikan setiap individu yang hadir wajib menggunakan pelitup hidung dan mulut serta menggunakan hand sanitizer ketika berada di pusat pemberian vaksin tersebut.-EDISI UKAS