ISNIN, 23 OGOS 2021
KUCHING: Menteri Muda Di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi menyumbangkan 316 pek bantuan makanan kepada penduduk Kampung Pulo Ulu pada Isnin.
Sumbangan tersebut adalah bagi meringankan beban penduduk yang menjalani pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 13 Ogos hingga 26 Ogos depan.
Bantuan kali ini merupakan sumbangan yang kedua diagihkan setelah agihan bantuan makanan basah diberikan sebelum ini.
Selain itu, sumbangan turut disalurkan kepada para petugas yang bekerjasama membantu melancarkan proses pelaksanaan PKPD di kampung tersebut. –EDISI UKAS