Premis Perniagaan Di Pasar Basah Kampung Bako Kekal Patuh SOP

ISNIN, 23 OGOS 2021

BAKO: Premis perniagaan di kawasan pasar Bako yang kebiasaannya dikunjungi ramai pelanggan kini kian lengang akibat kes positif COVID-19 harian semakin meningkat.

Ianya susulan daripada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) yang hanya membenarkan premis perniagaan beroperasi mulai 5 pagi hingga 8 malam sahaja.

SOP tersebut dikuatkuasakan untuk tempoh seminggu bermula 22 Ogos lepas hingga 29 Ogos ini.

Manakala kedai makan tidak dibenarkan untuk menyediakan perkhidmatan ‘dine-in’ tetapi dibenarkan untuk perkhidmatan ‘takeaway’ sahaja. –EDISI UKAS