ADUN Lingga Serah Bantuan Makanan Kepada Keluarga Yang Dikuarantin

SELASA, 24 OGOS 2021

BATANG LUPAR: Prihatin terhadap keluarga yang dikenakan arahan kuarantin kendiri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri menyantuni dua keluarga di Kampung Tengah Lingga dan Kampung Hulu Lemanak dengan menyerahkan sumbangan bakul makanan pada Isnin.

Sumbangan bakul makanan yang berupa beras dan keperluan dapur makanan tersebut diserahkan kepada ketua kampung masing-masing.

Bercakap ringkas dalam program itu ADUN Lingga berharap sumbangan tersebut dapat meringankan beban mereka disebabkan tidak dapat keluar untuk melakukan aktiviti harian mereka.

Hadir sama, Temenggong Mohammad Shah Achang, Penghulu Wan Amit Wan Kamil dan Ketua Kampung KIpli Bolhi. -EDISI UKAS