Datu Len Hulur Sumbangan Bakul Makanan Kepada Sembilan Buah Keluarga

SELASA, 24 OGOS 2021

SARIKEI: Menteri Muda Perancangan Bandar Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datu Len Talif Salleh telah menghulurkan bantuan bakul makanan kepada sembilan buah keluarga yang sedang menjalankan perintah kuarantin kendiri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang menyampaikan bantuan tersebut menerusi pusat khidmat beliau di Sarikei pada Isnin.

Beliau berharap bantuan itu dapat meringankan beban keluarga penerima sepanjang tempoh pelaksanaan kuarantin.

Datu Len turut menggesa mereka untuk mematuhi arahan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia. -EDISI UKAS