Penduduk Kampung Haji Baki Terima Sumbangan Persekutuan Tabib dan Perubatan Cina Sarawak

SELASA, 24 OGOS 2021

KUCHING: Persekutuan Tabib dan Perubatan Cina Sarawak dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menyumbang sebanyak 400 papan telur ayam kepada penduduk Kampung Haji Baki.

Penyerahan sumbangan telah dilakukan oleh Pengerusi Persatuan Tabib dan Perubatan Cina Sarawak, Datuk Tan Kit Weng kepada Ketua Kampung Blok B dan Blok C dengan disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang pada Selasa.

Sementara itu, Datuk Tan berharap, sumbangan tersebut dapat meringankan beban para penduduk yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berkenaan.

“Pelaksanaan PKPD di Kampung Haji Baki telah tamat pada 17 Ogos lepas dan kebanyakan penduduk tidak mempunyai pendapatan pada Ogos kerana mereka tiada pekerjaan yang tetap ataupun hilang pekerjaan,” kata beliau.

Sementara itu, ADUN Batu Kitang turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Persekutuan Tabib dan Perubatan Cina Sarawak atas kesudian menghulur bantuan makanan kepada penduduk.

Beliau turut menasihatkan penduduk untuk sentiasa berhati-hati dan tidak keluar ke tempat awam bagi mengelak penularan wabak COVID-19.-EDISI UKAS

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia