Pusat Saringan Sehenti COVID-19 Di Dewan Masyarakat MBKS Terus Jadi Tumpuan

SELASA, 24 OGOS 2021

KUCHING: Susulan peningkatan kes positif COVID-19 di bahagian ini, Pusat Saringan Sehenti COVID-19 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) terus menjadi tumpuan orang awam pada Selasa.

Tinjauan yang dilakukan mendapati orang ramai beratur panjang untuk melakukan ujian saringan COVID-19.

Bagaimanapun, keadaan agak terkawal dengan petugas barisan hadapan mengawal keadaan serta lalu lintas di pekarangan kawasan tersebut.

Dalam pada itu, terdepat gesaan daripada orang ramai kepada kerajaan negeri untuk mewujudkan beberapa lagi Pusat Saringan Sehenti COVID-19 secara pandu lalu terutamanya di bandar raya Kuching bagi kemudahan orang ramai.

Untuk rekod, Pusat Saringan Sehenti COVID-19 di Dewan Masyarakat MBKS mula beroperasi sejak 3 Mei lepas.-EDISI UKAS